Oh! Artis
Aisyah Hijanah Disoal Netizen Lepas Tersalah Label Ayat Al-Quran Sebagai Hadis
Sebelum ini, kami melaporkan pasangan pempengaruh, Aisyah Hijanah dan Alif Teega terpalit dalam kontroversi. Kali ini mereka kembali jadi tumpuan netizen. Apa pula jadi kali ini?
BACA: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Kutipan Derma Untuk Kepentingan Peribadi
Menerusi hantaran di Facebook, Aisyah Hijannah menggunakan Surah Al-Baqarah ayat 191 namun mentafsirkannya sebagai hadis sahih.
Difahamkan dia menggunakan ayat Al-Quran yang menerangkan tentang keburukan memfitnah selepas terpalit dalam kontroversi.
Sesungguhnya dosa Fitnah lebih besar dari membunuh – Hadith Sohih.
Selepas menyedari kesilapan yang dibuat, pempengaruh tersbeut juga dikatakan telah menyunting semula hantaran berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh Aisyah.


Mungkin dia terlepas pandang tu. Kita sebagai netizen jangalah cepat menghukum dan sebaiknya tegur dengan cara baik. Semoga yang baik-baik je buat Aisyah dan keluarga.
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM