Connect with us

Oh! Media

Tak Tahu Nak Kemana Di Sapporo, Hokkaido? Ini 5 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Lawati

Oh! Travel

Tak Tahu Nak Kemana Di Sapporo, Hokkaido? Ini 5 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Lawati

Sapporo merupakan salah satu bandar utama di Hokkaido, Jepun dan memang menjadi tumpuan untuk para pelancong seluruh dunia lagi-lagi pada musim sejuk. Sapporo memang antara destinasi percutian yang menjadi pilihan pelancong Malaysia.

ADVERTISEMENT

Antara salah satu sebab kerana penerbangan Air Asia yang hampir 4 kali seminggu ke Sapporo serta pemandangan di sana yang indah ketika musim sejuk.

Korang semua mesti nak bercuti dan bermain salji ke Sapporo kan? Jom kami kongsikan antara tempat menarik yang ada di Sapporo, Hokkaido.

Taman Shiroi Koibito

Merupakan sebuah taman tema yang dibina oleh Ishiya, sebuah syarikat coklat tempatan di Jepun. Taman Shiroi Koibito ini merupakan salah satu tumpuan tempat menarik di Hokkaido.

Biskut Shiroi Koibito adalah keluaran utama bagi syarikat ini. Terdiri daripada dua biskut mentega nipis dan satu lapisan coklat putih di antara biskut.

Bukan itu sahaja, Taman ini terdiri daripada kedai,kafe dan restoran serta kawasan yang berbayar mempamerkan pelbagai coklat. Menariknya, terdapat beberapa tingkap-tingkap besar yang membolehkan para pelancong untuk melihat proses pengeluaran biskut kilang itu.

Buat anda yang ingin ke sini, kilang dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Arked Beli Belah Tanukikoji Sapporo

Lokasinya terletak di tengah bandaraya dan memanjang sekitar 1km yang mempunyai lebih 200 buah kedai di bahagian kiri dan kanan. Arked ini mempunyai 7 blok memanjang dan dijadikan sebagai lorong utama bagi destinasi buat pelancong membeli belah.

Pelbagai barangan yang dijual di arked ini seperti jam tangan, kasut, pakaian dan macam-macam lagi yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Menariknya, di ruang bawah arked ini terdapat satu tempat membeli belah dikenali “Pole Town” yang membawa kepada stesen Subway dan akses untuk ke sini sangat mudah kerana korang boleh menggunakan pengangkutan awam dan menuju ke Stesen Tanukukoji.

Muzium Seni Hakodate Hokkaido

Kalau korang suka melawat muzium boleh la ke Muzim Seni Hakodate ini. Mempamerkan karya yang bertemakan seni di Hokkaido selatan, seni dan kaligrafi Timur dan seni moden yang berkaitan dengan watak dan simbol.

Kesemua karya yang dipamerkan di muzium ini mengandungi karya Koneko Otei iaitu seorang jurukhat yang terkemuka di Jepun.

Dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga jam 5 petang dan mereka menerima pengunjung terakhir pada jam 4.30 petang. Kadar bayaran masuk bergantung kepada pameran yang dipamerkan pada hari tersebut.

Kalau nak ke muzium ni korang boleh menaiki tren ke perhentian Goryakaku-koen-mae yang mengambil masa selamat 17 minit.

Kilang Sapporo

Kilang Sapporo merupakan pusat membeli belah terbesar di Sapporo. Telah dibuka sejak tahun 1993 yang mempunyai lebih 160 kedai pakaian, cenderamata, restoran, kafe dan panggung wayang.

Yang menariknya buat pelancong muslim, Kilang Sapporo ni juga menyediakan ruangan solat bagi orang muslim yang mahu menunaikan solat. Sapporo juga dikatakan destinasi mesra muslim maka tidak susahlah buat anda yang ingin bercuti ke sini.

Gunung Moiwa Sapporo

Merupakan salah satu pergunungan yang mengelilingi Hokkaido dan merupakan gunung tertinggi di Sapporo dengan ketinggian setinggi 531 meter. Mudah diakses dengan Ropeway atau Skylift.

Korang dapat lihat pemandangan seluruh Bandar Sapporo yang indah serta menyaksikan keindahan matahari terbenam di puncak gunung ini.

Untuk ke puncak gunung korang kena naik ‘cable car’ dan bayaran untuk ropeway serta morris car pula sebanyak 1,700 yen bagi dewasa dan 850 yen bagi kanak-kanak.

Wah menarik juga ye melancong di Sapporo ni, pelbagai aktiviti kita boleh buat bukan sahaja sekadar bermain salji.

Kredit: Jomsinggah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas