Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga Adik-Adik” – Netizen Sebak Dengar Pesanan Johan Untuk Anak

Sebelum ini pelawak dan juga penyampai radio dikhabarkan ke Mekah untuk menunaikan tuntutan Allah SWT bersama isterinya. Apa yang mengundang sebak dari kalangan netizen adalah pesanan yang ditinggalkan.

BACA: Netizen Dakwa ‘Ceramah’ Johan Jauh Terpesong?

IKLAN

Menerusi hantaran TikTok peminat pelawak ini, memaparkan momen Johan bersama keluarganya sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Difahamkan pelawak ini juga sempat mencium dan memeluk anaknya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kalau papa tak balik, ingat siapa kena jaga adik-adik.

Pemilik video itu juga mengatakan setiap apa Johan lakukan adalah untuk kebaikan anak-anak dan juga orang sekeliling.

Terdahulu, Johan dan isterinya telah berangkat ke Tanah Suci, Mekah apabila dipanggil untuk membuat liputan sambil menunaikan fardu haji.

Alhamdulillah mereka diberikan peluang untuk menunaikan haji. Semoga Johan dan isteri sentiasa berada di dalam lindungan Allah ketika berada di sana.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas