
Oh! Tidak
Wanita Sebak Tengok Dua Budak Gembira Walaupun Makan Durian ‘Reject’, Siap Kira Duit Sebelum Beli
Harga durian sekarang boleh dikatakan agak mahal sehingga menyebabkan ada antara kita yang tak mampu pun nak beli. Kalau kita teringin boleh terus pergi beli tapi macam mana pula dengan mereka yang kurang berkemampuan?
Macam baru-baru ni viral satu video di TikTok menunjukkan dua kanak-kanak lelaki makan buah reject sehingga menjilat jari.
BACA: Peniaga Durian Badan Kotak Tidak Berbaju Mohon Maaf, Bagi Alasan Waktu Tu Panas Sangat
Berdasarkan cerita yang dikongsikan Damiana Jun, kanak-kanak terbabit mengira duit seringgit demi seringgit sambil berbincang untuk membeli buah durian.
Yang membuatkannya sebak apabila mengetahui dua kanak-kanak itu rupanya mahu membeli durian reject yang sudah kuning.
Aku tengok durian tu memang sesuai untuk buat tempoyak je. Tak sedap dah nak makan.
Tapi Ya Allah.. Happynya dorang dapat beli sebiji walaupun durian reject je.. Berlari-lari bawa durian tu kat bawah pokok dan makan.
Tak sampai hati melihat dua kanak-kanak itu, Damiana sanggup mengeluarkan duit dan membelikan sebiji durian yang baru untuk mereka.
Sambil cakap dengan aku pun duk jilat jari lagi tu…
Katanya, sebagai seorang ibu dia sebak kerana teringat dengan anak-anaknya yang hampir sebaya dengan mereka.
Aku tanya dia, sedap ke durian awak makan tadi? Diaorang angguk..
Aku cakap, ni aunty belikan satu untuk korang.. Makan eh..
Di juga meluahkan rasa syukur kerana dapat belikan dua budak itu buah durian yang baru untuk mereka makan walaupun hanya sebiji.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen juga memuji sikap pemurah wanita ini dan berterima kasih kerana berjaya buat mereka gembira.


Betul lah kan orang kata, dalam rezeki kita akan terselit rezeki orang lain. Semoga rezekinya makin diluaskan. Amin…
