Oh! Tidak
Peniaga Durian Badan Kotak Tidak Berbaju Mohon Maaf, Bagi Alasan Waktu Tu Panas Sangat
Baru-baru ini viral di TikTok menunjukkan beberapa orang peniaga durian berbadan sado dan tidak memakai baju. Perbuatan itu mendapat pelbagai reaksi dan sudah tentu ia tidak sesuai dilakukan.
Mereka juga mengakui hasil daripada video menunjukkan otot itu, mereka berjaya mencatatkan jualan sehingga 1.5 tan sehari. Keuntungan sehari juga sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sehari. Wah asyuk betul tunjuk badan sado je…
Perbuatan tunjuk otot dan tak berbaju dianggap tidak senonoh, murah dan berikan pengaruh negatif di khalayak ramai…
Sedar tentang perkara itu, peniaga terbabit tampil membuat permohonan maaf dan sedar kekhilafan mereka.
Kami tak sangka konten menjadi viral. Kami tidak pernah menyokong konten yang negatid atau tak baik. Dan apa yang berlaku adalah tidak sengaja.
Kami berniaga dengan memakai baju seperti biasa. Cuma waktu itu sahaja hari cuaca panas dan kebetulan pun buka baju.
Kami cuma boleh memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terasa. Kami sebenarnya mahu memuat naik ia sebagai konten bagi tujuan hiburan semata-mata.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM