Connect with us

Oh! Media

Tuntut Hutang Untuk Kahwin, Tukang Cuci Kereta Hampir Ditetak

hutang

Trending

Tuntut Hutang Untuk Kahwin, Tukang Cuci Kereta Hampir Ditetak

Hukum membayar hutang adalah wajib dan si peminjam hutang perlulah menyelesaikan pinjaman dengan segera. Kejadian di Taman Sentosa, Klang, seorang tukang cuci kereta hampir ditetak kerana menuntut semula hutang yang dipinjam oleh adik saudaranya.

ADVERTISEMENT

BACA: 4 Tahun ‘Seen’ Je Bila Member Tuntut Hutang, Tiba-Tiba Minta Halal

Menerusi laman Kosmo, mangsa dan dua beradik sedang duduk hadapan rumah ibunya dan kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.30 malam.

Hutang RM2,200 bagi menampung kos perkahwinan

Mangsa berumur 25 tahun itu menuntut hutang sebanyak RM2,200 untuk menampung kos perkahwinannya. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, sekumpulan suspek itu menaiki dua jenis kereta, iaitu Proton Wira dan Hyundai dan adik saudara si mangsa juga terlibat sama.

Suspek juga cuba menetak mangsa namun berjaya ditahan ibu bapa dan adik beradik mangsa.

Bantuan turut disalurkan jiran-jiran mangsa dalam menyuraikan keadaan dan menghalau kesemua suspek agar beredar.

Suspek telah menggunakan parang dan pisau untuk menyerang dan adik mangsa berumur 21 tahun telah cedera di bahagian muka kerana ditumbuk suspek.

Shamsul Amar menyatakan bahawa mereka berjaya menahan sembilan orang suspek berusia 20 hingga 28 tahun dalam tempoh lima jam di kawasan perumahan tersebut.

Kita turut merampas kereta jenis Proton Wira selain dua bilah parang masing-masing berukuran 69 dan 67 sentimeter serta sebilah pisau lipat.

Punca kejadian disebabkan mangsa meminta wang RM2,200 yang dipinjam adik saudaranya sejak tahun lalu kerana tidak cukup wang kahwin.

Lima orang daripada suspek itu didapati mempunyai rekod lampau termasuk merompak, mencuri, dadah dan ugutan. Semoga mereka ini terima hukuman yang sepatutnya dan mangsa dapat semula wang yang dipinjamkan itu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas