Connect with us

Oh! Media

siakap

Trending

Customer Siakap Viral Beri Penjelasan, Nafi Dakwaan Pihak Kedai

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai harga hidangan siakap sebuah restoran di Langkawi yang dikatakan tidak masuk akal.

Tidak hanya mendiamkan diri, pemilik restoran tampil mendakwa pelanggan sendiri yang memilih ikan tersebut meskipun sudah diberitahu mengenai saiz ikan.

IKLAN

BACA: “Kenapa Perlu Tularkan?” – Pemilik Restoran Kecewa Dengan Sikap Pelanggan

Terbaru, pelanggan pula tampil menjelaskan tujuan sebenar dia memuat naik posting tersebut pada awalnya. Katanya, perkongsian yang dibuat pada 4 November lalu adalah sekadar peringatan bukannya untuk meraih publisiti.

Dia turut menafikan beberapa dakwaan yang dibuat pihak kedai kepada media. Pelanggan berkata, tiada langsung makluman kepada pihaknya bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran dan kebiasaannya tidak dijual.

siakap

Individu ini berpendapat apa yang berlaku adalah mengelirukan pihaknya. Dia turut mendapati ramai pelanggan menghadapi pengalaman hampir sama berdasarkan beberapa posting tular di laman sosial.

siakap langkawi

Katanya lagi, dia sebagai pelanggan telah membuat aduan kepada KPDNKHEP dan bersedia memberi penjelasan tambahan jika diperlukan. Dia akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan isu yang timbul.

Individu ini turut berharap apa yang terjadi dijadikan pengajaran bukan sahaja untuk dirinya bahkan masyarakat yang lain.

Kredit: Facebook mfaris.zul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas