Connect with us

Oh! Media

Tular Video Lelaki ‘Flying Kick’ Peminta Sedekah, Rupanya Ada Kisah Disebaliknya?

Trending

Tular Video Lelaki ‘Flying Kick’ Peminta Sedekah, Rupanya Ada Kisah Disebaliknya?

Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, masyarakat juga dilihat turut terkesan dengan keadaan itu sehingga ramai yang mengadu hidup dalam kesusahan akibat tiada pekerjaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Berang Ditegur Langgar SOP, Warga Emas Tendang Siap Ugut Mahu Bunuh Anggota Polis

Oleh sebab itu, jumlah pengangguran semakin meningkat sehingga memaksa segelintir masyarakat ‘bekerja’ sebagai peminta sedekah demi sesuap nasi.

Tular seorang individu tendang peminta sedekah

Namun, baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki telah mencederakan seorang individu yang dipercayai sebagai seorang peminta sedekah.

Menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook, lelaki tersebut dilihat melakukan aksi flying kick ke arah individu berkenaan selepas melihat kehadirannya.

Kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah restoran sekitar Alor Setar, Kedah, itu telah mengejutkan orang ramai sebelum sempat merakam situasi tegang itu.

Perkongsian video berdurasi 17 saat itu juga memaparkan aksi pertengkaran antara mereka berdua selepas lelaki berkenaan meluru pantas mendendang peminta sedekah itu keluar dari restoran tersebut.

Kerap minta sedekah dan pernah diberi amaran oleh KKM?

Selain itu, terdapat juga pendedahan daripada seorang individu yang tampil memberikan penjelasan selepas mendapat info daripada salah seorang saksi di tempat kejadian.

Menurut seorang pengguna Facebook, peminta sedekah itu dikatakan pernah ditahan dan diberi amaran agar tidak meminta sedekah di kawasan tersebut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hal itu selepas dirinya sering meminta sedekah di kawasan itu sehingga terdapat premis yang melekatkan poster mengenai larangan individu tersebut untuk masuk.

Difahamkan juga, peminta sedekah itu dikatakan ingin memasuki sebuah kedai sebelum dilarang oleh pihak dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Bengang dengan larangan tersebut, peminta sedekah itu dipercayai ingin menyerang anggota RELA itu sebelum berlakunya aksi flying kick tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat seakan-akan mengecam tindakan lelaki tersebut serta si perakam kerana tiada usaha meleraikan pergaduhan itu.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 400 tanda suka serta dikongsikan sebanyak 130 kali.

Kredit: Facebook Mat Perang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas