Oh! Tidak
Tuan Kedai Tangkap Pelanggan ‘Lari’ Lepas Bungkus Makanan, Rupanya Bukan Pertama Kali
Tular di TikTok, seorang wanita ditangkap pemilik restoran dipercayai kerana mengambil makanan tanpa membayarnya.
Difahamkan, itu bukan kali pertama pelanggan wanita berkenaan buat hal. Sebelum ini, pihak restoran sudah memerhatikan kelakuannya sebanyak dua kali.
Ambil makanan terus keluar kedai
@abezaini1 Last tinggal makanan atas meja kata nk p ambil duit dalam kereta hilang macam tu..😅 #fyp #CapCut โฌ original sound – Restoran kak sal Kelate🥰
Kali ketiga, pihak restoran merancang untuk merakam perbuatan itu dengan telefon dan meminta penjelasan pelanggan sendiri.
Pelanggan bagaimanapun berkata, dia mahu mengambil wang di kereta dan tak mengaku pernah ke kedai itu.
Tindakan pihak restoran menangkap wanita ini mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Ada yang mengkritik pelanggan itu, tak kurang juga yang meminta pihak restoran ‘sedekah’ je.
Ini penjelasan pihak restoran
@abezaini1 Replying to @fieza_is #fyp โฌ original sound – Restoran kak sal Kelate🥰
Menceritakan dengan lanjut, pemilik restoran di Permatang Pauh ini berkata, pelanggan terbabit memesan 6 bungkus nasi kerabu, nescafe ais dan selebihnya adalah makanan vendor.
Selepas dapat makanan dipesan, wanita berkenaan tidak ke cashier untuk membuat pembayaran sebaliknya terus keluar daripada kedai.
Jika benar duit di dalam kereta, pelanggan berkenaan sepatutnya ke kaunter cashier dahulu untuk tahu harga makanan tetapi sebaliknya yang berlaku.
Pemilik restoran berkata lagi, dia bersedia untuk bersedekah jika pelaku jujur berkata tiada duit untuk makan bukannya mencuri beberapa kali dengan amaun yang besar.
BACA: โMemang Aku Tak Halalkanโ โ Penjual Berang โCustomerโ Tak Bayar Makanan Lepas Order
Kredit: TikTok @abezaini1
+ Baca respon pembaca diย Facebook danย Telegramย Oh! Media.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM