Connect with us

Oh! Media

Tular Video Buat Aksi ‘Pacak’ Naiki Motosikal, Lelaki Mengaku Tak Bersalah

Trending

Tular Video Buat Aksi ‘Pacak’ Naiki Motosikal, Lelaki Mengaku Tak Bersalah

Baru-baru ini tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki membuat aksi ‘pacak’ ketika menunggang motosikal. Dah habis hebat lah tu?

ADVERTISEMENT

BACA : Jatuh Ketika Latihan Rentas Desa, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia

Menurut laporan Berita Harian, individu tersebut telahpun ditahan di sekitar Gombak pada jam 7.30 malam kelmarin dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Dia yang menunggang sebuah jenis motosikal Yamaha 135LC itu melakukan aksi tersebut di Jalan Sungai Tua-Ulu Yam.

Suspek kemudian direman dua hari bermula semalam (Isnin) sebelum didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi.

Suspek juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ke atasnya. Walaubagaimanapun, dia dibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Memang takde apa-apa perkara buruk yang jadi tapi janganlah merisikokan diri. Apapun, semua orang dinasihatkan supaya berhati-hati dijalanraya ya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas