Connect with us

Oh! Media

Tular Kenderaan Potong ‘Double Line’, Timbalan Menteri Agama Mohon Maaf

ahmad marzuk

Oh! Tidak

Tular Kenderaan Potong ‘Double Line’, Timbalan Menteri Agama Mohon Maaf

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dipercayai milik orang kenamaan (VVIP) memotong kenderaan hadapan di garisan berkembar.

ADVERTISEMENT

Perbuatan tersebut telah mengundang rasa marah orang ramai memandangkan ianya boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

BACA: Polis Siasat Toyota Alphard VIP Potong ‘Double Line’

Terbaru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dalam satu kenyataan memohon maaf di atas insiden yang berlaku.

Timbalan Menteri Agama

Beliau menyerahkan sepenuh keputusan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang sewajarnya berhubung dakwaan melanggar peraturan jalan raya.

Tambah beliau lagi, buat masa ini kes masih dalam siasatan pihak berkuasa. Pekerja yang terlibat juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Dan sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau dan saya sendiri.

Biarlah hukuman itu di atas dunia, andai dengan sebab itu, ia melepaskan kami dari hukuman di akhirat.

Ahli parlimen Pengkalan Chepa ini turut menghargai segala teguran dan nasihat yang diberikan sama ada secara terus kepadanya atau melalui komen di media sosial.

Menurut Timbalan Menteri Agama ini lagi, teguran itu adalah satu penambahbaikan terutamanya kepada seorang pemimpin.

Kredit: Facebook Ustaz Marzuk Shaary

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top