Connect with us

Oh! Media

Khayal Hidu Gam, Lelaki Panjat Jambatan Setinggi Enam Meter

Khayal

Trending

Khayal Hidu Gam, Lelaki Panjat Jambatan Setinggi Enam Meter

Seorang lelaki yang dipercayai khayal selepas menghidu gam memanjat jambatan setinggi lebih enam meter berjaya diselamatkan di Beaufort, Kota Kinabalu hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Buat Rondaan, Polis Temui Dua Lelaki Warga Asing Diikat Pada Pokok

Menurut laporan Astro Awani, sepasukan polis yang sedang menjalankan Pematuhan dan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyedari lelaki yang berusia 20 tahun itu sedang menaiki jambatan berkenaan.

Pada awalnya, anggota bertugas cuma memujuk lelaki berkenaan tapi gagal dan terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan. 

Selepas lelaki berkenaan berjaya dibawa turun, dia dibawa ke Balai Polis Beaufort untuk proses dokumentasi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob.

Pemeriksaan tubuh badan dan beg sandang lelaki terbabit membawa kepada penemuan plastik dan satu tin gam.

Lelaki tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Macam-macam hal! Semoga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas