Connect with us

Oh! Media

Tragedi Malang: Ratusan Anggota Polis Sujud Selepas 131 Nyawa Penyokong Melayang

tragedi malang

Trending

Tragedi Malang: Ratusan Anggota Polis Sujud Selepas 131 Nyawa Penyokong Melayang

Tragedi Kanjuruhan di Malang, Indonesia yang mengorbankan seramai 131 nyawa penyokong pasti akan menjadi satu detik hitam yang akan jadi ingatan dan tercatat dalam sejarah dunia bola sepak.

ADVERTISEMENT

Baca: Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia Kedua Terburuk Di Dunia, Menanti Hukuman Dari FIFA

Terkini, seramai 100 anggota Polis Malang dilihat melakukan sujud sebagai tanda permohonan maaf kepada semua yang terlibat dalam tragedi di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober lepas.

Mohon ampun kepada Tuhan

Ketua Polis Malang Kota, Kombes Budi Hermano bersama anggotanya telah melakukan sujud ketika berhimpun di perkarangan Balai Polis Kota Malang. Ia dilakukan sebagai tanda memohon keampunan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Kami mendoakan agar saudara-saudari kita Aremania dan Aremanita yang menjadi mangsa tragedi Kanjuruhan diterima di sisiNya dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan. Kita juga sama-sama memohon keampunan Allah SWT agar kejadian ini tidak berulang lagi. – Kata Kombes.

Dalam pada itu, pihak polis Malang juga berharap agar kelakuan masyarakat di Malang dapat kembali aman bersama polis.

Memetik satu laporan dari Kompas.com, tersebar pula satu kenyataan WhatsApp dari pakar psikologi forensik dan pemerhati polis, Reza Indragiri Amriel yang mengharapkan sujud yang dilakukan pihak polis ini dapat menyakinkan orang ramai bahawa anggota polis benar-benar kesal dengan apa yang terjadi.

Kredit: Kompas.com | fakta.indo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas