Connect with us

Oh! Media

Tragedi Kren Runtuh Di Kilang, 2 Maut Dan 1 Cedera

Trending

Tragedi Kren Runtuh Di Kilang, 2 Maut Dan 1 Cedera

Dua lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera selepas kren gantri di kilang tempat mereka bekerja dilaporkan runtuh.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Isteri Cemas Akibat Terperangkap, Hasrat Memancing Terbatal Selepas Jeti Tiba-Tiba Runtuh

Memetik laporan daripada Berita Harian, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29, manakala Mosed Alinid, 34, mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan kren industri berat itu kira-kira jam 4.58 petang semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika pelaksanaan kerja-kerja pemotongan kren untuk dilupuskan. Runtuhan kren itu menyebabkan tiga mangsa berkenaan tersepit.

Operasi menyelamat yang membabitkan 13 anggota bomba dan tujuh anggota polis itu ditamatkan pada jam 10.55 malam.

Sejurus tiba di tempat kejadian, pasukan bomba bergegas mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas serta bantuan kren bagi memudahkan operasi menyelamat.

Mayat dua lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada polis, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas