Trending
Lelaki Rosakkan Kolam Deepavali Ditahan
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu video yang menunjukkan seorang lelaki berjalan di atas kolam di sebuah hospital swasta.
BACA: ‘Iklan Deepavali’ Dikecam Tanpa Pelakon India, Rupanya Ini Cerita Sebenar
Disebabkan tindakan lelaki itu, rata-rata warga netizen meluahkan rasa marah dan kecewa kerana tindakan itu dianggap tidak menghormati budaya kaum yang lain.
Dua lelaki ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, kedua suspek berusia 20 dan 30-an telah ditahan pada malam semalam.
Kedua-dua suspek itu masing-masing individu yang berjalan dengan kasut atas kolam Deepevali dan yang menjadi perakam. – Ketua Polis
Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan menimbulkan suasana ketidakharmonian dengan menghina agama. Suspek boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Kredit: Buletin TV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM