Connect with us

Oh! Media

Tipu Diculik, 3 Beradik Sanggup Komplot Minta Wang Tebusan Pada Bapa

Trending

Tipu Diculik, 3 Beradik Sanggup Komplot Minta Wang Tebusan Pada Bapa

Umum mengetahui, kegiatan jenayah seperti kes penculikan dilihat semakin menjadi-jadi dan dipandang serius oleh pihak berkuasa bagi mengurangkan aktiviti ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Pekerja Restoran ‘Diculik’, Dibayar RM10 Sehari

Menurut data, dilaporkan lebih daripada 15,000 kes penculikan melibatkan kanak-kanak di negara ini dan ia dilihat amat merisaukan masyarakat.

Oleh itu, adalah amat penting bagi ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka terutama sekali bagi golongan kanak-kanak yang gemar dijadikan target dalam aktiviti jenayah itu.

Wang punya pasal, 3 beradik sanggup tipu bapa

Namun, berbeza pula kejadian yang berlaku di Muar, Johor, apabila tiga beradik dikatakan sanggup memperdayakan bapanya semata-mata ingin mendapatkan wang.

Menurut laporan Kosmo, mereka dikatakan sanggup menipu kononnya telah diculik sebelum menghubungi bapanya bagi mendapatkan wang tebusan.

Kejadian yang berlaku pada jumaat lalu itu bagaimanapun tidak berhasil apabila pihak polis berjaya menahan tiga suspek wanita berusia antara 25 hingga 32 tahun itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, ketiga-tiga suspek telah membuat panggilan telefon kepada bapanya dan menyatakan kononnya mereka sedang dikurung.

Bagaimanapun, bapa kepada ketiga-tiga suspek itu dengan segera membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anak-anaknya.

Menurut mangsa, melalui panggilan telefon anaknya telah memaklumkan bahawa bapa mereka perlu menyediakan sejumlah wang jika mahu dilepaskan.

Bagaimanapun, pada pukul 8.30 malam semalam, polis telah menahan tiga suspek di dua lokasi berasingan.

Zaharudin menambah, kesemua wanita berkenaan kini direman bermula hari ini hingga Khamis di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Walaubagaimanapun, pihak polis masih menyiasat motif kejadian tersebut selain turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang jenayah palsu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas