Connect with us

Oh! Media

Pekerja Restoran ‘Diculik’, Dibayar RM10 Sehari

Oh! Tidak

Pekerja Restoran ‘Diculik’, Dibayar RM10 Sehari

Kejam, itulah ayat yang paling sesuai diberikan kepada pemilik restoran yang mana bertindak mengurung pekerja mereka serta diberikan gaji serendah RM 10 sehari. Lebih memeritkan, gaji mereka akan ditolak jika mereka mengambil makanan berlauk di restoran itu.

ADVERTISEMENT

Nasib malang itu ditimpa oleh 22 pekerja restoran di Taman Chi Liung, Klang, Selangor, berjaya diselamatkan oleh pihak polis di Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Menurut Laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, serbuan Op Pintas Bersepadu dilakukan hasil daripada maklumat dari risikan yang dijalankan sebelum menyerbu sebuah restoran dan dua kediaman asrama pekerja pada 12.45 tengah malam.

Dalam serbuan itu, pihak polis berjaya menyelamatkan seramai 22 pekerja warga asing yang terdiri daripada 11 wanita warganegara indonesia dan 11 lelaki warganegara india.

Mangsa dilaporkan berusia dalam lingkungan 23 hingga 44 tahun.

Kami juga telah menahan tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 60 tahun yang juga majikan serta penjaga premis berkenaan.

Tangkapan dibuat untuk siasatan berkaitan eksploitasi buruh paksa, gaji yang dibayar tidak seperti dijanjikan, semua pekerja dikurung di asrama dan menerima ugutan daripada majikan dan penjaga.

Antara pekerja warga asing yang berjaya diselamatkan pihak polis

Fadil berkata, pihaknya turut merampas 40 pasport, dua buah telefon bimbit, sebuah kereta BMW dan wang tunai hasil perniagaan berjumlah RM3,858.

Siasatan awal mendapati pekerja tersebut telah dijanjikan gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan hanya dibayar RM10 sehari sahaja selain mengugut mangsa akan dipukul sekiranya lari dan makanan mereka turut dicatu.

Gaji mereka akan ditolak sekiranya mereka mengambil makanan berlauk di restoran itu.

Mangsa juga dipaksa bekerja selama 12 jam sehari dan tidak diberikan cuti selain turut melarang menggunakan telefon bimbit walaupun selepas waktu bekerja. Mangsa perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan untuk menggunakan peranti berkenaan.

Tempat tinggal yang disediakan untuk mangsa juga tidak mengikut piawaian Akta 446.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas