Connect with us

Oh! Media

Tinggalkan Kereta Dan Barang Peribadi Sebelum Terjun Ke Laut, Lelaki Ini Ditemukan Nelayan

Terjun Jambatan

Trending

Tinggalkan Kereta Dan Barang Peribadi Sebelum Terjun Ke Laut, Lelaki Ini Ditemukan Nelayan

Seorang lelaki terjun ke laut atas Jambatan Pulang Pinang menghala ke Georgetown berjaya diselamatkan nelayan semalam. Dah kenapa ni sampai buat sedemikian?

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki Lemas, Terjun Dalam Sungai Sebab Lari Dari Polis

Menurut laporan Harian Metro, nelayan menjumpai lelaki yang berusia 31 tahun dari Gelugor itu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Selepas panggilan kecemasan dibuat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dijalankan dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tinggalkan barangan peribadi sebelum terjun

Ketika pihak berkuasa tiba dilokasi, individu tersebut sudahpun berada diatas bot. Sebelum kejadian, mangsa meninggalkan kenderaan yang dinaikinya iaitu Perodua Alza bersama barangan peribadi di atas jambatan.

Untuk tindakan lanjut, mangsa telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ia adalah kejadian yang kedua dalam bulan ini dengan kes pertama berlaku pada minggu lalu dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

Sekiranya ada masalah atau sebaliknya, janganlah buat perkara sebegini. Masih ada lagi orang yang memerlukan kamu diluar sana tambah lagi ahli keluarga.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas