Connect with us

Oh! Media

Lelaki Lemas, Terjun Dalam Sungai Sebab Lari Dari Polis

Trending

Lelaki Lemas, Terjun Dalam Sungai Sebab Lari Dari Polis

Seorang lelaki terpaksa terjun ke dalam sungai untuk melarikan diri daripada ditahan anggota polis dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di Kampung Tabuan Hilir semalam.

ADVERTISEMENT

BACA : Peguam Bela Kes Dadah Zarina Anjoulie Mohon Perbicaraan Februari Depan

Menurut laporan Harian Metro, terdapat beberapa individu yang melarikan diri dalam serbuan dilakukan pada jam 10 pagi itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah.

Lelaki yang didapati terjun ke dalam sungai itu pula disahkan lemas oleh kakitangan perubatan. Kah! Tak kesampaian nak lari pula. Serbuan itu bagaimanapun berjaya menahan 12 individu yang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah disitu.

Hasil ujian air kencing terhadap kesemua yang ditahan dalam lingkungan usia 21 hingga 44 tahun itu didapati positif dadah jenis Amphetamine.

Tujuh daripada 12 yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam serbuan berasingan di tempat sama, polis berjaya menahan lagi tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 23 hingga 40 tahun di sebuah rumah di kampung berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas