Connect with us

Oh! Media

Tetamu Datang Beraya, Anak Pula Musnahkan Koleksi Tuan Rumah Dan Rugi Ribuan Ringgit

koleksi

Oh! Tidak

Tetamu Datang Beraya, Anak Pula Musnahkan Koleksi Tuan Rumah Dan Rugi Ribuan Ringgit

Tibanya Aidilfitri, pastinya ramai sanak-saudara mengambil peluang untuk berkunjung ke rumah adik beradik apatah lagi setelah dua tahun rakyat Malaysia menyambut hari raya dalam suasana PKP.

ADVERTISEMENT

Dalam kemeriahan itu, seorang pemuda meluahkan rasa kesal apabila set koleksi permainan mahalnya berupa patung figura telah ‘dihancurkan’ oleh tetamu yang hadir berkunjung ke rumahnya untuk berhari raya.

Dalam perkongsian TikTok itu, lelaki yang dikenali sebagai @Leng itu telah menunjukkan keadaan patung figura yang sudah musnah dan tidak berada dalam keadaan baik.

figura musnah raya

Difahamkan lelaki itu baru sahaja pulang dari kerja dan mendapati hobi mahalnya itu telah musnah dalam sekelip mata.

Dia juga meluahkan rasa ‘frust’ apabila patung-patun permainan yang dibeli dengan harga ribuan ringgit itu sudah rosak akibat perbuatan kanak-kanak nakal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada pemuda itu dan turut menasihatkan agar ibu bapa di luar sana mengawal serta memerhatikan anak masing-masing agar berkelakuan baik.

Ada juga berkongsikan pengalaman yang sama dengan pemuda itu di mana barang-barang mereka hancur musnah gara-gara ‘dikerjakan’ oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas