Oh! Artis
“Ada Kawan Pun Tak Boleh?” – Zahnita Jawab Tuduhan Bawa Lelaki Ke Rumah
Suami kepada pelakon Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse sebelum ini mendakwa isterinya telah membawa lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah pada Hari Raya pertama.
BACA: Zahnita Wilson Bawa Lelaki Tak Dikenali Masuk Rumah Pagi Raya, Suami Dedah Anak-Anak Trauma!
Katanya, kejadian itu telah memberi kesan yang mendalam terutamanya kepada anak-anak mereka.
“Kawan datang beraya tak boleh ke?”

Menjawab kepada tuduhan itu, Zahnita menjelaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan hanyalah kenalan rapatnya yang datang beraya.
Katanya, kunjungan itu tidak sepatutnya menjadi isu besar kerana ia sekadar lawatan hari raya.
Saya nak ada kawan pun tak boleh? Kawan datang nak beraya tak boleh ke? Bagi saya, semua itu telah disalah anggap.
Tumpang balik sebab tiada kenderaan sendiri

Zahnita turut mendedahkan bahawa dia menumpang kenderaan lelaki berkenaan untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Menurutnya, tawaran itu datang dengan niat yang baik, namun situasi bertukar kecoh apabila dia diserang secara tiba-tiba oleh adik iparnya.
Dia tanya nak tumpangkan balik rumah ibu tak? Tiba-tiba di hari kejadian saya kena ‘serang’ oleh adik ipar..
Tambah Zahnita lagi, hidupnya kini tertekan kerana pelbagai isu timbul sejak dia keluar rumah tanpa sebarang barangan peribadi. Semuanya telah diambil daripadanya sebelum ini.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Mahkamah Rendah Syariah Kuantan telah melantik dua hakam dalam proses menyelesaikan kes tuntutan cerai pasangan ini.
Bagi pihak Zahnita, abang sulungnya Mohd Julian Hussein Wilson telah dilantik sebagai hakam manakala Abdul Zackery pula melantik birasnya, Parwish Mohd Yusof.
Pssttt! Semoga pasangan ini dapat mencapai jalan sepakat demi kesejahteraan anak-anak mereka.
Kredit: mStar | Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM