Connect with us

Oh! Tidak

Terkini! Pemandu E-Hailing Dakwa Dipukul Pengawal Peribadi Kerabat Diraja Tarik Balik Laporan Polis

Sebelum ini kami ada melaporkan yang seorang pemandu e-hailing mendakwa telah dipukul pengawal peribadi kerabat diraja di sebuah hotel di Brickfields semalam.

BACAPengawal Peribadi Kerabat Diraja Didakwa Pukul Pemandu E-Hailing OKU Sebab Ini

IKLAN

Terkini! Menurut laporan Astro Awani, pemandu e-hailing yang membuat laporan polis berkenaan kejadian yang didakwanya itu menarik balik laporan polis.

Individu yang juga orang kurang upaya (OKU) itu telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Pada 28/05/2024, jam lebih kurang 9.59 malam pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.

Korang yang membuat sebarang spekulasi sebelum ini kepada nama-nama tertentu. Minta maaf lah ya dan ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk tidak buat lagi.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas