Connect with us

Oh! Media

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Pegawai Kerajaan Gagal Cegah Banjir Besar

Ohmedia korea utara banjir

Oh! Tidak

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Pegawai Kerajaan Gagal Cegah Banjir Besar

Kerajaan Korea Utara dilaporkan telah menghukum mati beberapa pegawai kerajaan selepas banjir besar melanda negara itu pada akhir Julai, yang mengorbankan ribuan orang di wilayah utara.

Menurut laporan TV Chosun yang dipetik oleh Bloomberg, sekitar 20 hingga 30 pegawai kerajaan di kawasan terjejas telah ditembak bulan lalu.

Banjir dahsyat di wilayah Jagang dipercayai mengorbankan ribuan orang dan keadaan ini sedang dipantau rapi oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan. Bagaimanapun, Kementerian Penyatuan Korea Selatan enggan memberikan sebarang ulasan.

IKLAN

Pada mesyuarat tergempar parti, Kim Jong-un menegaskan akan menghukum mereka yang “mengabaikan tugas” sehingga menyebabkan banyak kematian.

Hujan lebat di Korea Utara memusnahkan 4,100 rumah, jalan raya, rangkaian kereta api, dan sekitar 3,000 hektar tanah ladang. Kira-kira 5,000 orang berjaya diselamatkan, menurut Agensi Berita Pusat Korea.

Beberapa mayat ditemukan selepas banjir surut, terutamanya di wilayah Jagang yang bersempadan dengan China.

Ohmedia korea utara banjir

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas