Oh! Tidak
Pengawal Peribadi Kerabat Diraja Didakwa Pukul Pemandu E-Hailing OKU Sebab Ini
Seorang pemandu e-hailing mendakwa telah dipukul pengawal peribadi kerabat diraja di sebuah hotel semalam. Biar betul?
Menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian itu dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Kita masih menyiasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan. Pengadu dalam kes ini memang seorang orang kurang upaya (OKU).
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Pemandu e-hailing yang berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya di kawasan sebuah hotel di Brickfields.
Mangsa juga telahmenerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas membuat laporan.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM