Connect with us

Oh! Tidak

“Siapa Nak Hantar Anak Saya?”- Ibu Budak Sekolah Dipegang Bibir Pemandu Bas Luah Risau Adik Ditahan Reman

Seorang wanita yang mendakwa sebagai kakak kandung kepada pemandu bas yang tular kerana konten melibatkan murid sekolah, meluahkan rasa gusar di media sosial.

Melalui satu komen di Facebook, wanita itu mengesahkan pemandu bas tersebut adalah adiknya, manakala murid sekolah yang dipaparkan dalam video merupakan anaknya sendiri.

IKLAN

“Siapa Nak Hantar Anak Saya?”- Luahnya…

Wanita tersebut turut memuat naik hantaran lain, bertanya bagaimana dia akan menghantar anaknya ke sekolah setelah adiknya ditahan reman.

Nak kena berhenti kerja hantar anak sendiri ke? Ke merempit?.- Tulisnya, sambil menyertakan gambar anaknya.

Namun, semakan semula ke akaun wanita terbabit mendapati posting tersebut telah dipadam.

Pemandu bas sekolah kini ditahan reman…

Pemandu bas itu difahamkan telah direman selama lima hari sejak tangkapan dilakukan pada 2.57 pagi. Sebelum ini, tular video di media sosial menunjukkan pemandu tersebut menyentuh bibir, mengusap kepala, dan membetulkan tudung murid di dalam basnya.

Menteri PWKM turut memberi amaran bahawa tindakan tersebut tidak boleh dinormalisasikan dan meminta JPKK membuat laporan polis.

Pemandu bas itu kini disiasat di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001. Akaun TikTok miliknya dengan lebih 600,000 pengikut juga telah dipadam selepas beberapa jam penahanannya.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas