Oh! Tidak
Pelajar Cedera Selepas Dipaksa Makan Roti Berisi Duri, Netizen Berang Kes Buli Meningkat
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pelajar cedera selepas dipaksa makan roti yang mengandungi duri.
Video tersebut dikongsi di akaun Malaysiaviralll, menunjukkan mangsa sedang menerima rawatan akibat kecederaan di bahagian dalam mulutnya.
Menurut sumber, mangsa pada mulanya tidak tahu bahawa roti yang dimakannya mengandungi duri plastik yang tajam. Malangnya, selepas menjamahnya, barulah mangsa sedar akan kandungan bahaya dalam roti tersebut.
Mangsa dipercayai menjadi mangsa buli oleh rakan sekolahnya di sebuah sekolah di Indonesia. Jururawat, Elyanda Fitria yang merawat mangsa, memuji keberanian pelajar itu sepanjang proses rawatan.
Pada mulanya, dia tidak berhenti menangis, tetapi selepas dipujuk, kami berjaya menenangkannya. Duri itu telah dikeluarkan.- Kata Elyanda.
Insiden ini mencetuskan kemarahan orang ramai yang kecewa dengan sikap generasi sekarang yang semakin tidak terkawal.
Memang sial budak budak membuli ni, bagi makan roti campur dengan duri. Betul betul Keturunan anak iblis pic.twitter.com/rv4ZqRfQb5
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) September 2, 2024
Ramai netizen mengecam tindakan buli yang semakin berleluasa dan berharap hukuman setimpal dikenakan terhadap pembuli.
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X
