Connect with us

Oh! Media

Terima Panggilan ‘Misteri’, Perkongsian Pegawai Perubatan Ini Buat Netizen Meremang

Trending

Terima Panggilan ‘Misteri’, Perkongsian Pegawai Perubatan Ini Buat Netizen Meremang

Sejak akhir-akhir ini, jumlah angka jangkitan yang dilihat semakin menurun selepas pelbagai cara dilakukan termasuklah pengambilan suntikan vaksin secara besar-besaran.

ADVERTISEMENT

BACA: Kaki Bengkak Secara ‘Misteri’, Ustaz Kazim Akui Jumpa Gambar Dirinya Separuh Terbakar

Selain itu, kita boleh melihat kegembiraan para frontliner yang bertugas selepas mereka akhirnya mendapatkan cuti serta dibenarkan untuk merentas negeri.

Namun, tidak diakui bahawa terdapat pelbagai kisah serta pengalaman seram yang pernah mereka hadapi sepanjang menjalankan tugas.

Pegawai kesihatan terima panggilan ‘misteri’

Perkara sama turut berlaku kepada seorang penolong pegawai kesihatan U29, apabila turut menjadi mangsa ganguan mistik semasa bekerja.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikToknya bernama medicalasiststant, dia mengakui pernah menerima panggilan misteri daripada pesakit yang menyuruh pihak hospital untuk hadir ke rumahnya.

Panggilan itu dibuat pada jam 3 pagi selepas pihak hospital menerima panggilan apabila terdapat individu yang tidak sedarkan diri dan memerlukan pertolongan pihak ambulan untuk mengambil individu tersebut.

Alang-alang tu tiba-tiba saya teringat satu cerita masa saya bertugas. Kami dapat panggilan pada pukul 3.30 pagi daripada Medical Emergency Call Center (MECC).

Pesakit yang call kami kata tak sedarkan diri kat rumah. Lepas tu, saya dan beberapa rakan yang lain pun bersiap dan menuju ke alamat yang diberikan.

Sampai-sampai tengok rumah gelap-gelita

Tambahnya lagi, selepas sampai ke rumah yang dituju, mereka mendapat keadaan rumah tersebut berada dalam keadaan yang gelap gelita.

Panggil-panggil tak sahut. Cemas juga masa tu. Kami call MECC tanya betul ke alamat rumah tu. Tapi mereka cakap betul.

Menurutnya, dia juga turut bertindak menghubungi nombor yang membuat panggilan tersebut, malangnya tidak dapat dihubungi.

Selain itu, pegawai perubatan itu turut mengakui mendengarkan bunyi suara seekor burung hantu pada atap rumah tersebut. Tanpa berfikir panjang. Mereka terus meninggalkan kawasan tersebut.

Masa saya sedang bercakap dengan rakan saya, tiba-tiba kedengaran bunyi burung hantu dari atas atap. Bergegas kami pulang selepas itu.

Lebih mengejutkan, selepas memeriksa maklumat berkenaan pesakit pada keesokan harinya, dia mendapati pesakit tersebut sudah pun meninggal dunia pada 3 tahun yang lepas.

Besok pagi check kat klinik nama pesakit tu. Rupa-rupanya dah meninggal dunia 3 tahun yang lepas.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi termasuklah berasa terkejut dengan perkongsian yang dianggap misteri itu.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 300,000 jumlah tontonan serta mendapat 49,400 tanda suka.

Kredit: TikTok medicalasiststant

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas