Connect with us

Oh! Media

Kaki Bengkak Secara ‘Misteri’, Ustaz Kazim Akui Jumpa Gambar Dirinya Separuh Terbakar

Oh! Tidak

Kaki Bengkak Secara ‘Misteri’, Ustaz Kazim Akui Jumpa Gambar Dirinya Separuh Terbakar

Pada ketika dahulu, kaca televisyen kita sentiasa dihiasi dengan telatah pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias yang menyampaikan ilmu agama dengan penuh bersahaja.

ADVERTISEMENT

BACA: Mengadu Dirinya Tidak Stabil Sejak Beberapa Hari Lepas, Ustaz Kazim Elias Dimasukkan Ke Hospital

Sejak dari itu, namanya sentiasa meniti di bibir-bibir masyarakat sehingga mendapat jemputan dari pelbagai negeri untuk mendengarkan dakwahnya.

Namun, sejak kebelakangan ini, penglibatan Ustaz Kazim dilihat semakin berkurang oleh sebab masalah kesihatan yang dialami termasuklah penyakit misteri yang dihidapnya.

Ustaz Kazim terpaksa guna kerusi roda

Mengenai perkembangan terbaharunya di laman Instagram, Ustaz Kazim dilihat terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuknya berjalan.

Selain itu, sumber mengatakan bahawa pendakwah itu juga perlu menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak oleh sebab mengalami satu penyakit ‘misteri’.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan dirinya agar kembali sihat seperti sedia kala.

Temui gambar dirinya separuh terbakar dalam kotak abu

Bagaimanapun, pendakwah berumur 48 tahun itu mengakui pernah terjumpa sekotak abu beserta gambarnya yang separuh terbakar di laluan khas untuk ke Dewan Kompleks Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Penemuan yang berlaku beberapa minggu lalu itu didedahkan beliau ketika mengadakan sesi siaran langsung bersama Da’i Ahmed kelmarin.

Menurut Ustaz Kazim, sejurus menemui kotak tersebut, keadaaan kaki sebelah kirinya membengkak dari bahagian betis hingga kaki.

Ramai nak tengok keadaan kaki saya. Sebelah kiri sahaja. bermula dari betis hingga ke bawah. Saya harap tak kena operate.

Selama dua minggu saya menggunakan rawatan Islam dan mencuba pelbagai ubatan, Alhamdulilah berkesan. Ia tak bengkak cuma sakit bila berjalan atau duduk lama.

Ustaz Kazim menunjukkan kotak abu yang mengandungi gambarnay yang terbakar

Ini pula (gambar terbakar) dijumpai di tempat laluan khas ke dewan tempat saya mengajar. Orang lain tak lalu, saya saja lalu. Saya jumpa abu dan dalam abu tu ada gambar saya yang terbakar.

Kaki mula tidak boleh bergerak

Tambahnya lagi, Ustaz Kazim mengakui kakinya tidak mampu berjalan selepas keluar dari dewan tersebut dan merasai kesakitan yang luar biasa.

Selain itu, kakinya pula mula membengkak sehingga dia menyangka bahawa bengkak tersebut terjadi kerana bisul, namun jangkaanya salah.

Kaki saya membengkak, mula-mula ingat bisul, rupanya tidak.

Bagaimanapun, ketika dirawat di hospital, Ustaz Kasim mendedahkan bahawa doktor tidak menemui sebarang nanah atau darah beku pada bahagian kaki yang bengkak itu.

Kadang-kadang kita pun tak tahu apa benda, kita pandang Allah, ini menghapus dosa kita. Allah Maha Mengetahui.

Bertanya tentang keinginan untuk berehat panjang dari mengajar, Ustaz Kazim malah menyatakan bahawa penyakitnya itu bukan penghalang dirinya untuk menyampaikan ilmu.

Sekatlah macam manapun, saya tetap nak mengajar. Sebab saya selalu beritahu, ubat saya ialah melakukan apa yang saya suka, mengajar orang walau ada yang tak suka.

Gambar Ustaz Kazim di Thailand?

Sementara itu, Ustaz Kazim juga mengakui pernah dimaklumkan oleh seorang individu yang melihat gambarnya terdapat pada peti khas di Bangkok, Thailand.

Menurutnya, individu berkenaan baru sahaja pulang dari Bangkok yang telah berubat dengan Sami dan menjumpai foto pendakwah itu di dalam peti khas mereka.

Maknanya, ada orang yang buat perubatan tak elok pada saya. Dibuatnya di Bangkok.

Walaubagaimanapun, semoga Ustaz Kazim segera sembuh dari penyakit tersebut dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin.

Kredit: Gempak I Kosmo! I Instagram Ustaz Kazim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top