Connect with us

Oh! Media

Tapai Jadi Merah Kalau Bungkus Masa ‘Period’? Ini Penjelasan Dari Segi Sains

Trending

Tapai Jadi Merah Kalau Bungkus Masa ‘Period’? Ini Penjelasan Dari Segi Sains

Pernah tak korang dengar pantang larang orang dulu-dulu yang tidak membenarkan wanita haid membungkus tapai? Ini disebabkan kepercayaan kononnya tapai akan menjadi rosak dan kemerah-merahan.

ADVERTISEMENT

BACA: 10 Pantang Larang Bakal Pengantin Dulu-Dulu, Masih Ada Yang Amalkan?

Malah, ada juga yang mendakwa tapai perlu dibungkus senyap-senyap, tidak boleh diceritakan kepada orang lain bimbang ianya tidak menjadi. Eh betul ke ni?

Seperti perkongsian viral di laman Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, seorang wanita mengingatkan orang ramai supaya tidak membungkus tapai ketika haid.

Katanya, tapai yang kemerah-merahan akan membantutkan selera makan dengan serta merta.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang berkongsi pengalaman serupa dan ada juga yang menafikan dakwaan dengan mengatakan ianya adalah mitos semata-mata.

Terbaru, Ini Sains Beb tampil menjelaskan fakta pembuatan tapai berdasarkan sains. Ujarnya, pembuatan tapai hanya menggunakan sumber karbohidrat dan mikroorganisma daripada ragi.

Ia memerlukan keadaan optimum iaitu gelap, lembab dan bersih daripada cemaran organisma lain.

Pantang larang nenek moyang iaitu tidak boleh bercakap banyak sebenarnya untuk mengurangkan cemaran dan jangkitan bakteria atau fungus yang tidak diingini daripada manusia serta persekitaran.

tapai

Tapai yang menjadi masam adalah mungkin disebabkan keadaan tapaian yang tidak sesuai untuk fungus. Sebagai contoh, apabila suhu terlalu panas ketika mengadun ragi dan pulut, spora fungus akan terbantut dan bakteria menguasai.

Keadaan ini akan menyebabkan asid laktik lebih cepat dan terhasil dengan banyak.

tapai

Kalang kala tapai akan tumbuh kulat hitam, keadaan ini adalah mungkin berpunca daripada ragi atau tapaian yang tercemar dengan kulat Rhizopus atau Aspergillus daripada tempe, tepung, roti, bekas dan persekitaran yang tidak bersih.

Tapai yang bertukar merah pula adalah disebabkan cemaran kulat yang mempunyai spora kemerahan, contohnya seperti Neurospora (N. crassa), Monascus spp. Bukan sebab haid ya!

Penjelasan penuh:

Kredit: Facebook Ini Sains Beb

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas