Connect with us

Oh! Media

maut

Oh! Tidak

Suri Rumah Maut Selepas Besarkan Payudara Yang Dibuat ‘Doktor’ Tak Bertauliah

Baru-baru ini, seorang suri rumah yang merupakan ibu kepada dua orang anak meninggal dunia akibat menjalani suntikan membesarkan payudara yang dipercayai dilakukan oleh ‘doktor’ tak bertauliah.

Mangsa yang bernama Chen dan berusia 29 tahun dilaporkan telah meninggal dunia jam 7 pagi pada 2 Ogos yang lalu dan telah melakukan prosedur terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Skudai, Johor.

IKLAN

Menurut suami mangsa bernama Wong, isterinya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada suntikan yang mengandungi asid hyaluronik itu.

Wong turut berkata pada awalanya Chen hanya mahu membuat suntikan ‘menarik benang’ muka mikro untuk membuatkan kulitnya lebih tegang.

Namun, pakar kecantikan tersebut memujuk mangsa untuk menjalani suntikan bagi membesarkan payudaranya yang menyebabkan Chen mengalami sakit dada selepas prosedur.

Tambahan, suaminya berkata mereka tidak pernah dimaklumkan bahawa pakar kecantikan yang membuat perkhidmatan itu tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram.

maut

Jadi, apabila individu tersebut meyakinkan isteri saya untuk menjalani prosedur membesarkan payudara, dia bersetuju untuk melakukannya walaupun sedikit bimbang dengan perkara itu.

Pada 31 Julai, keesokan harinya, Chen berasa sangat sakit dan tidak sihat jadi dia membuat keputusan untuk ke kilink ditemani rakannya.

Dalam pada itu, doktor di klinik itu memaklumkan sakit tersebut adalah disebabkan ubat bius yang berlebihan.

Sekitar jam 7 malam, keadaannya tidak pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa. Dia ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan kemudian dikejarkan ke ICU pada pagi 2 Ogos selepas mengadu tidak boleh berjalan lagi. Dia meninggal pada jam 7 pagi.

Malah, selepas pakar kecantikan itu mengetahui yang Chen mengalami sakit dada dia tidak meminta wang bayaran prosedur terhadapnya.

Bukan itu sahaja, dia juga menghantar mesej kepada suri rumah itu untuk tidak berjumpa dengan doktor dan mendedahkan apa-apa maklumat tentang rawatan itu.

maut

Upacara pengebumian Chen telah dilakukan di Wisma Tiong Hua dan mangsa meninggalkan dua anak lelaki berusia 9 dan 12 tahun.

Pihak polis berkata pihak mereka akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden berkenaan.

BACA: Polis Buru Suami Hilangkan Diri Lepas Isteri Disahkan Maut Disyaki Didera

Sebelum ini kami ada kongsikan, kisah seorang wanita yang maut selepas didera oleh suaminya sendiri di sebuah pangsapuri di Sungai Long Kajang.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas