Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Suami Hilangkan Diri Lepas Isteri Disahkan Maut Disyaki Didera

kes dera

Trending

Polis Buru Suami Hilangkan Diri Lepas Isteri Disahkan Maut Disyaki Didera

Seorang lelaki kini dalam buruan polis selepas menjadi suspek utama kes dera isteri sendiri. Kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long Kajang, Ahad lalu.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang berumur 38 tahun dihantar oleh suspek ke sebuah hospital dalam keadaan tak sedarkan diri.

Suspek bernama Mohamed Imran Mohamed menghilangkan diri selepas isterinya, Azween Noor disahkan meninggal dunia.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.

dera

Sementara itu, adik mangsa dikenali sebagai Azmir berkata, kakaknya merupakan seorang yang pendiam dan tak pernah bercerita mengenai rumah tangga.

Kali terakhir mereka bertemu pada Aidilfitri lalu dan arwah ada memberitahu suami kerap kerja di luar kawasan.

Suaminya tidak membenarkan arwah ke rumah ibu, kami juga pelik dengan sikap lelaki itu.

Pernah satu ketika ibu ke rumah arwah namun dihalau lelaki terbabit menyebabkan sehingga kini ibu tidak pergi ke rumah arwah.

Malah, sejak kakak berumahtangga 6 tahun lalu, mereka sekeluarga tak pernah bertemu dengan suspek.

dera isteri
Foto: Harian Metro

Lapor Buletin TV3, seorang lagi adik mangsa, Noor Aziella Alias mendedahkan, mereka sekeluarga memang tidak tahu latar belakang suami arwah.

Apa yang membuat saya terkilan, suami dia bukan sahaja meninggalkan jenazah kakak saya di hospital tapi turut meninggalkan anak buah saya begitu sahaja di rumah sebelum melarikan diri.

Difahamkan, pasangan itu dah mengenali satu sama lain selama 5 tahun sebelum berkahwin namun perkahwinan arwah kakak dikatakan tak mendapat restu keluarga suami.

kes dera

dera isteri

Katanya lagi, selepas kakak berkahwin, hubungan mereka mula renggang dan hanya berhubung melalui panggilan video.

Sejak arwah berpindah berdekatan dengan rumah ibu, arwah ada beberapa kali berjumpa, namun tidak kurang 10 minit.

Kalau kakak datang singgah kat rumah pun dia datang sorang-sorang naik motosikal, itupun sekejap sangat, sekadar dia datang nak tengok muka mak sahaja.

Hasil perkahwinan itu, arwah dikurniakan dua cahaya mata berusia enam dan tiga tahun yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kredit: Harian Metro | Twitter | Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas