Connect with us

Oh! Media

Suami Isteri Direman, Pukul Anak Guna Batang Mop, Paip PVC Hingga Maut

batang mop

Trending

Suami Isteri Direman, Pukul Anak Guna Batang Mop, Paip PVC Hingga Maut

Dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun terpaksa mengalami penderitaan dipukul dengan penyangkut baju, batang mop dan paip plastik PVC hingga cedera oleh ibu dan bapa saudaranya.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Sengaja Cederakan lsteri, Tikam Guna Pisau

Menerusi laporan Utusan, seorang daripada kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia, disyaki didera semasa di bawah penjagaan ibu dan bapa saudaranya sejak awal 2020, di Taman Desa Pengkalan Bandaraya, Ipoh.

Bapa kandung menjalani hukuman penjara

batang mop

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, kanak-kanak tersebut dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya kerana ibu bapa kandung mereka telah berpisah. Bapa kepada dua kanak-kanak ini pula sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

Suspek wanita dalam kes ini adalah adik kepada bapa mangsa. Dua beradik itu didera sejak Januari lalu yang mana mereka dipukul sekiranya melakukan kesalahan.

Pada peringkat awal, mangsa dipukul dengan penyangkut baju namun sejak kebelakangan ini, mereka dipukul dengan batang paip PVC dan batang mop.

Hantar ke hospital sebab demam

batang mop

Kanak-kanak perempuan tersebut telah dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana demam panas sehingga menggeletar.

Pada pukul 11.30 malam pada Sabtu, mangsa mengalami demam panas dan badan mula menggelatar. Bimbang dengan keadaan itu, suspek menghubungi ambulans.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital. Laporan polis dibuat pegawai perubatan setelah mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa disyaki didera.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kerana multiple blunt injury. Adik lelaki mangsa juga dikatakan turut mengalami kecederaan akibat didera oleh ibu dan bapa saudaranya.

Ibu dan bapa saudara mangsa kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semoga adik lelaki mangsa diberikan perlindungan yang sewajarnya. Sedih hati bila dengar kanak-kanak yang tidak berdosa ini meninggal dunia akibat didera oleh darah daging sendiri. Semoga suspek diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas