Connect with us

Oh! Media

Lelaki Sengaja Cederakan lsteri, Tikam Guna Pisau

menyamar polis

Trending

Lelaki Sengaja Cederakan lsteri, Tikam Guna Pisau

Terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki tergamak menikam isterinya sehingga menyebabkan kecederaan. Allahu, dah kenapa sampai macam tu?

ADVERTISEMENT

BACA : Tiga Pelajar Tingkatan Dua Cedera, Kena ‘Tibai’ Dengan Senior

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada Jumaat lepas dan lelaki yang merupakan seorang kontraktor itu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini.

Walaubagaimanapun, tertuduh yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Kejadian tersebut berlaku di rumah mereka di Taman Desa Rakyat, Pasir Gudang, kira-kira jam 10.30 pagi 13 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum selama 20 tahun dan dengan denda serta sebat atau mana-mana dua hukuman itu.

Selepas rayuan dibuat, mahkamah membenarkan lelaki berkenaan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Dia juga perlu hadir ke Balai Polis Seri Alam sebulan sekali, menyerahkan passport dan tidak menggangu mangsa lagi seleps ini.

Semoga perkara sebegini dijauhkan dari kita semua. Sabar banyak-banyak dan fikir panjang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas