Connect with us

Oh! Media

Simpan B*bi Dan Landak Raya Tanpa Permit, Lelaki OKU Didenda RM15K

Trending

Simpan B*bi Dan Landak Raya Tanpa Permit, Lelaki OKU Didenda RM15K

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal yang mempunyai lima pertuduhan menyimpan 78 bahagian babi bodoh, babi hutan serta landak raya tanpa lesen dan permit khas, didenda sebanyak RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki OKU Tergamak Rogol Adik Perempuan Sendiri Yang Berusia 13 Tahun

Menurut Harian Metro, hukuman itu diputuskan selepas pengakuan orang kena saman (OKS), Lim Yu Sing, 57 diterima Hakim Nariman Badruddin.

Hukuman itu ditetapkan selepas OKS menukar pengakuannya kepada bersalah selepas diperintah untuk membela diri di akhir kes pendakwaan pada 13 Jun yang lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Lim dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda. OKS membayar denda berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Lim didakwa menyimpan bahagian babi bodoh (Sus barbatus) tanpa permit dan bahagian babi hutan yang dilindungi Jadual Kedua dan Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar APHL 2010 (AKta 716) pada 8 Oktober 2017.

Lim turut didakwa atas kesalahan menyimpan bahagian ketiga-tiga haiwan tersebut di sebuah kediaman di Jasin mengikut Seksyen 68(1)(b) dan 60 (1) (b) akta sama bagi pertuduhan ketiga hingga kelima.

Dalam pada itu, Siti Hajar Atiqah Razali dan Mohd Firdaus Ismail yang merupakan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, memohon agar hukuman berat diberikan untuk dijadikan pengajaran kepada OKS dan masyarakat bahawa mahkamah memandang serius kesalahan terhadap hidupan liar.

Hidupan liar adalah mangsa ‘bisu’ yang tidak dapat membalas apabila ditangkap, diikat, dikurung, dipukul dan dicederakan penjenayah haiwan.

Dalam kes ini sebanyak 78 bahagian haiwan ditemukan dalam simpanan OKS tanpa permit khas dan analisa DNA terpaksa dibuat bagi pengecaman (spesies). Hasilnya tiga jenis bahagian haiwan dikesan seperti dalam pertuduhan.

Peguam Eng Fun Boon yang mewakili OKS merayu agar hukuman denda ringan dikenakan terhadap Lim atas alasan anak guamnya yang mempunyai cacat fizikal akibat kemalangan beberapa tahun lalu dan diserang angin ahmar serta berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas