Connect with us

Oh! Media

Lelaki OKU Tergamak Rogol Adik Perempuan Sendiri Yang Berusia 13 Tahun

Oku

Trending

Lelaki OKU Tergamak Rogol Adik Perempuan Sendiri Yang Berusia 13 Tahun

Terdapat satu kejadian dimana seorang abang yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) kerana kudung kaki kanan tergamak rogol adik perempuannya sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA : “Tolak Dari Belakang Dan Terus Heret Ke Katil”, Pemain Bola Sepak Tanah Air Disyaki Rogol Remaja

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang berusia 21 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Dia didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya yang baru saja berusia 13 tahun ketika kejadian dimana perhubungan itu adalah salah di bawah undang-undang, hukum agama dan adat untuk berkahwin dengan remaja itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang sekiranya disabitkan kesalahan boleh memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada malam antara 1 hingga 7 November 2021 di sebuah rumah di Ketereh. 

Demi nak puaskan nafsu yang sekejap, kan dah mendapat! Semoga perkara sebegini dijauhkan dari kita semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas