Connect with us

Oh! Media

Didakwa Berpakaian Seperti Wanita, Muhammad Sajjad Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Didakwa Berpakaian Seperti Wanita, Muhammad Sajjad Mengaku Tidak Bersalah

Minggu lepas, ohmedia ada kongsikan dengan korang tentang pengusaha kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat yang telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk beri keterangan berhubung laporan yang telah pihak mereka terima.

ADVERTISEMENT

Terbaru, JAIS telah mengesahkan yang Sajat telah pun dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada awal bulan lalu. Ia ada kaitan dengan laporan yang sama iaitu Sajat berpakaian wanita dalam sebuah majlis bacaan Yasin dan solat hajat, tiga tahun lalu.

Dalam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii, Sajat didakwa telah menyebabkan agama Islam dipandang hina dalam majlis yang diadakan di premisnya kecantikannya dengan cara seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita. Namun begitu, Sajat mengaku tidak bersalah.

Dalam prosiding pada 6 Januari lalu, pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor, Atras Mohd Zain. Buat masa ini, Sajat telah dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan kes akan disebut semula pada 23 Februari depan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh diperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Kredit: Astro Awani, Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas