Connect with us

Oh! Media

Rogol Gadis Bawah Umur, Warga Asing Dihukum Penjara 6 Tahun

Trending

Rogol Gadis Bawah Umur, Warga Asing Dihukum Penjara 6 Tahun

Kes pencabulan atau rogol melibatkan remaja bawah umur semakin meningkat di negara ini oleh kerana tidak mampu menahan nafsu ‘Binatang’ mereka. Kejadian itu sememangnya akan memberi kesan kepada masa depan mangsa mereka oleh kerana masih di bawah umur walaupun perbuatan itu dilakukan ‘suka sama suka’.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang sama turut berlaku di Tawau, Sabah apabila seorang lelaki warganegara Indonesia telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Seksyen, hari ini, selepas didapati bersalah merogol seorang gadis berusia 14 tahun pada 26 Mei lalu.

Menurut laporan Berita Harian. Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud telah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Edieka Mulyadi, 20, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) akta yang sama.

Menurut kertas pertuduhan, Edieka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri menunjukkan dia berasal dari Indonesia itu didakwa merogol gadis berkenaan di dalam sebuah bilik rumah kayu di kebun kelapa sawit di Sin Onn, Tawau, jam 8.30 malam pada 26 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Kershanathan Pathmanathan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat oleh kerana kes tersebut membabitkan mangsa bawah umur sebelum tertuduh memohon agar hukuman diringankan dengan alasan menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan dan tiga sebatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara tanpa dokumen yang sah dan kedua-dua hukuman akan berkuat kuasa dari tarikh sabitan serta berjalan secara berasingan.

Berdasarkan fakta kes, ibu kepada mangsa telah membuat satu laporan polis pada 28 Mei, jam 12.16 tengah malam selepas dimaklumkan oleh doktor yang memeriksa remaja berkenaan.

Doktor mendapati terdapat koyakan pada bahagian kemaluan (selaput dara) selepas mengsa mengaku melakukan hubungan seks dengan tertuduh yang kemudiannya ditahan oleh anggota polis Bahagia Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Tawau, kira-kira 12.20 tengah malam pada hari yang sama.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas