
Trending
10 Rumah Hangus Terbakar Di Tawau
Oleh
Kejadian melanda Kampung Jati, Jalan Apas Batu 5, di Tawau Sabah, 10 rumah telah hancur musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi.
BACA: 13 Motosikal Hangus Terbakar
Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada awal pagi itu melaporkan tiada sebarang kecederaan menimpa mangsa.
10 rumah terbakar 100 peratus

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen menyatakan seramai 16 anggota dan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang memiliki jarak 10 kilometer dari balai bomba.
Kebakaran melibatkan 10 rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal terbakar 100 peratus dan didapati jarak rumah begitu rapat.
Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air terbuka iaitu dari sungai berdekatan.
Pada jam 6.50 pagi, api yang marak berjaya dikawal dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.
Besar sungguh ujian yang menimpa mereka di kampung ini. Semoga pemilik-pemilik rumah yang terbakar ini diberi ketabahan dan perlindungan oleh-Nya.
Kredit: Sinar Harian
