Connect with us

Oh! Media

Remaja 18 Tahun Ditemui Maut Dalam Kereta

Trending

Remaja 18 Tahun Ditemui Maut Dalam Kereta

Terdapat satu penemuan seorang remaja yang maut dalam kereta miliknya pada Selasa lepas. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Mayat Ditemui Terapung Dalam Sungai Tanpa Pakaian

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku di parkir hadapan sebuah kedai perabot di Ketereh, Kota Bharu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud.

Ketika ditemui, mangsa yang berusia 18 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat pemandu sambil berbaring. Pemeriksaan juga mendapati yang kereta tidak berkunci dan semua barangannya masih ada.

Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada apa-apa kesan luka atau unsur jenayah. Mayat remaja berkenaan kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian mangsa berpunca daripada pendarahan pada paru-paru yang disyaki kesan terhidu gas di dalam kereta.

Kesiannya.. Korang rasa kenapa agaknya? Apapun, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Ketereh ya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas