Connect with us

Oh! Media

Mayat Ditemui Terapung Dalam Sungai Tanpa Pakaian

dos penggalak

Trending

Mayat Ditemui Terapung Dalam Sungai Tanpa Pakaian

Terdapat satu penemuan mayat lelaki tanpa pakaian di dalam Sungai Jinjang berhampiran Flat Tan Sri Murni Fasa 1, Batu Caves semalam.

ADVERTISEMENT

BACA : Pegawai Polis Wanita Dikecam Buat ‘Live’ Masa Serbuan, Siap Perkenalkan Anggota Lain

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang tidak dapat dikenalpasti dalam lingkuan usia 40-an itu dijumpai pada 3.25 petang dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Selepas menerima laporan, sepasukan polis terus ke tempat kejadian dan mendapati mayat yang terapung di dalam air tanpa pakaian itu disyaki telah meninggal dunia lebih 24 jam. 

Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang hadir ke lokasi kejadian untuk bantu mengangkat mayat naik ke atas tebing.

Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Walaubagaimanapun, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Korang rasa apakah punca kejadian tu berlaku? 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas