Connect with us

Oh! Media

Ramai Terkejut Indonesia Tiba-Tiba Henti Hantar Pekerja Mulai Malam Tadi! Seriously!?

Pekerjaindonesia

Trending

Ramai Terkejut Indonesia Tiba-Tiba Henti Hantar Pekerja Mulai Malam Tadi! Seriously!?

Tuntut negara jiran lebih komited terhadap perjanjian mengenai isu buruh, Indonesia buat keputusan hentikan sementara menghantar lebih ramai pekerja ke Malaysia.

BACA: Lambakan Pekerja Asing di Negara Ini Berpunca Dari Sikap Rakyat – Tun M

Keputusan ini dibuat selepas didapati berlakunya pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MOU) pekerja domestik antara kedua-dua negara yang ditandatangani tiga bulan lalu.

IKLAN

Menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menyatakan keputusan rasmi berhubung isu ini telah dihantar kepada Menteri Sumber Manusia M Saravanan, semalam.

Menteri telah dimaklumkan mengenai hasrat kami untuk mengenakan semula pembekuan sementara pengambilan tenaga kerja Indonesia ke semua sektor di Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Beliau turut menjelaskan pelanggaran MOU berlaku selepas Jabatan Imigresen membuat permohonan untuk mengambil pekerja domestik Indonesia melalui Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS).

Kami mempunyai bukti kukuh bahawa Jabatan Imigresen, di bawah Kementerian Dalam Negeri, terus menggunakan MOS untuk memudahkan pengambilan pekerja domestik Indonesia ke Malaysia.

Dalam pada itu, M Saravanan ketika dihubungi mykmu.net memaklumkan bahawa isu ini akan dibincangkan dengan menteri dalam negeri.

Kredit: mykmu.net

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas