Connect with us

Oh! Media

Polis Temui Wanita OKU Sebelah Mayat Ibu Yang Meninggal Dunia 5 Hari Lepas

Wanita OKU

Trending

Polis Temui Wanita OKU Sebelah Mayat Ibu Yang Meninggal Dunia 5 Hari Lepas

Mayat seorang warga emas ditemui polis di sebuah rumah di Kampung Berjaya Kuala Pegang, Baling bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berkeadaan lemah di sebelah jenazah. Kesiannya!

ADVERTISEMENT

BACA : Warga Emas Ditemui Rentung Selepas Kereta Terbakar

Menurut laporan Berita Harian, penduduk disana telah membuat aduan pada jam 12.40 tengah hari selepas mendapati bau yang tidak menyenangkan di sana. 

Anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang wanita OKU dalam keadaaan lemah disebelah mayat ibunya yang berusia 61 tahun dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat.

Siasatan awak mendapati warga emas terbabit telah meninggal dunia sejak 5 hari lepas dan punca kematian masih belum diketahui lagi. 

Walaubagaimanapun, anaknya itu dibawa ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut dan jenazah ibunya telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk ujian saringan dan mendapatkan punca kematian.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas