Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Gambar Jalur Gemilang Terbalik Dalam Balai Polis

Oh! Tidak

Polis Siasat Gambar Jalur Gemilang Terbalik Dalam Balai Polis

Agak mengejutkan apabila tersebar satu gambar di media sosial yang menunjukkan Jalur Gemilang telah dipasang secara terbalik di sebuah Balai Polis Simpang Lima, Parit Buntar Perak.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat telah mengesahkan perkara itu yang dikatakan berlaku pada hari semalam (20 September 2020) dan pihaknya turut menerima laporan daripada ketua polis balai tersebut.

Siasatan masih dijalankan dan setakat ini seorang anggota sudah diambil keterangan berhubung kejadian berkenaan. Kejadian ini turut tular di media sosial. Insiden itu wajar dijadikan iktibar kepada enam balai dalam pentadbiran ini supaya tidak cuai ketika melaksanakan tugas. Tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tidak kira pegawai, anggota polis atau orang awam yang memasang bendera terbalik. – Katanya.

Menurut sumber, jalur gemilang terbabit telah dibetulkan dengan segera selepas sejam ia dinaikkan.

Diharapkan mereka yang bertanggungjawab untuk menaikkan Jalur Gamilang lebih berhati-hati. Pihak polis juga meminta agar orang ramai tidak menyebarkan gambar berkenaan. Semoga ia dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top