Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Lelaki Tunjuk ‘Anu’ Dekat Pekerja Wanita

Oh! Tidak

Polis Buru Lelaki Tunjuk ‘Anu’ Dekat Pekerja Wanita

Polis dah buru tu… Ini apa teruk sangat perangai ni bang? Kejadian dekat Manggatal, Kota Kinabalu selepas seorang lelaki dirakam CCTV telah menunjukkan kemaluannya di hadapan pekerja wanita.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai aksesori telefon dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan pihaknya kini sedang giat mengesan suspek.

Suspek dikatakan bukan pelanggan biasa di kedai berkenaan dan tidak pernah dilihat datang ke kedai berkenaan.

Suspek dilihat memakai baju berwarna putih dengan zip seluarnya terbuka.

Tidak cukup ganggu didepan, rakaman CCTV juga menunjukkan suspek berlegar-legar di kawasan belakang kedai.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Untuk korang yang ada maklumat tentang kes ni, boleh berikan maklumat di balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Audrea Johnson di talian 019-5209 0380.

Kredit: BuletinTV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas