Connect with us

Oh! Media

Permainan Taman Tema Patah Dua, 23 Cedera, 3 Parah

Ohmedia permainan taman tema patah

Oh! Tidak

Permainan Taman Tema Patah Dua, 23 Cedera, 3 Parah

Permainan ‘360 Degrees’ di Arab Saudi rosak ketika beroperasi, 23 cedera termasuk tiga parah.

Satu insiden ngeri berlaku di Taman Green Mountain, Taif, Arab Saudi apabila permainan ekstrem ‘360 Degrees’ patah dua secara tiba-tiba.

Seramai 23 pengunjung cedera dalam kejadian itu, dengan tiga daripada mereka dilaporkan parah.

Terdengar bunyi retakan pada permainan sebelum insiden…

Menurut laporan Metro UK, beberapa saksi yang berada berhampiran permainan itu sempat mendengar bunyi retakan sebelum struktur permainan tersebut menjunam laju dan menghempap ke tanah.

IKLAN

Beberapa mangsa dikatakan tercampak dari tempat duduk mereka akibat impak yang sangat kuat. Sementara itu, ada juga mangsa yang masih terikat dengan tali keselamatan, namun tetap mengalami kecederaan.

Tiang patah melantun dan campakkan mangsa…

Lebih menyayat hati, saksi turut menceritakan bagaimana tiang yang patah itu melantun semula dan mencampakkan dua hingga tiga mangsa ke arah bertentangan.

Sebahagian lagi penumpang pula terperangkap di tempat duduk masing-masing dan langsung tidak dapat menyelamatkan diri. Suasana ketika itu dipercayai sangat panik dan huru-hara.

Pasukan penyelamat dilaporkan tiba tidak lama selepas kejadian berlaku dan segera memberikan rawatan kecemasan kepada semua mangsa sebelum dibawa ke hospital berdekatan.

Pihak berkuasa tempatan kini sedang menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Difahamkan juga, kawasan permainan tersebut telah ditutup sementara, malah seluruh operasi taman tema itu turut digantung buat masa ini.

Pssttt! Ohmedia harap korang yang suka sangat permainan ekstrem ni, tolong pastikan keselamatan jadi keutamaan. Kalau nampak permainan tu macam tak dijaga elok atau dengar bunyi pelik-pelik, jangan teragak-agak untuk tarik diri. Nyawa bukan benda yang boleh diganti, tau!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas