Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Memandu Ketika Mabuk Dipenjara 30 Hari

Ohmedia penjawat awam memandu mabuk

Oh! Tidak

Penjawat Awam Memandu Ketika Mabuk Dipenjara 30 Hari

Seorang penjawat awam yang bertugas di Ketua Anak Negeri di Tawau, Sabah mengaku bersalah memandu ketika mabuk di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan.

Kejadian ini bukan saja mengejutkan, malah turut cetus persoalan mengenai tanggungjawab moral penjawat awam.

Mabuk dua kali ganda melebihi had…

Image

Tertuduh, Aidy Matamin, 61, ditahan ketika memandu pada 9 Februari lalu sekitar jam 12.20 tengah hari. Ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan beliau dua kali ganda lebih tinggi daripada paras dibenarkan.

IKLAN

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM10,000. Aidy juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun. Jika gagal membayar denda dan berisiko dipenjara selama 30 bulan.

Rayu hukuman ringan, dakwa tak sihat…

Tertuduh yang hadir tanpa peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan. Katanya, dia hanya minum untuk meraikan rakan dari Semenanjung dan turut mengambil paracetamol serta ubat selsema sebelum kejadian kerana kurang sihat.

Namun, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Joan Lee tidak setuju. Beliau tegas menyatakan hukuman perlu berat sebagai pengajaran, walaupun tiada nyawa terkorban atau kecederaan berlaku.

Pssttt! Sebagai penjawat awam, tindakan dan tingkah laku kita jadi cerminan kepada rakyat. Walaupun tiada kemalangan berlaku, tapi risiko yang dicipta tak boleh dipandang ringan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas