Connect with us

Oh! Media

Pembida Harta Sajat Bakal Diambil Tindakan, Dianggap Hina Mahkamah?

pembida

Trending

Pembida Harta Sajat Bakal Diambil Tindakan, Dianggap Hina Mahkamah?

Seorang lelaki sebelum ini berjaya membida semua lelongan milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dengan harga terakhir iaitu RM132,000 secara tiba-tiba menghilangkan diri.

ADVERTISEMENT

BACA : Netizen Dakwa Pembida Harta Sajat Rupanya PA Datuk Aliff Syukri?

Menurut laporan Kosmo, tindakan lelaki yang juga sebelum ini didakwa netizen merupakan seorang PA kepada usahawan terkenal itu dianggap seperti menghina dan mempermainkan arahan mahkamah.

Proses lelongan itu merupakan arahan dikeluarkan pihak Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang membenarkan harta Sajat disita dan dilelong ekoran gagal membayar pampasan kepada OWA Resources.

Perbincangan untuk menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap pembida itu akan dilakukan dan perkara ini dikatakan sendiri Peguam Nurul Hafidzah Hasaan.

Kami belum putuskan (tindakan) dan baru hendak bincang tindakan tersebut.

Betul juga tu! Boleh pula tiba-tiba dia menghilangkan diri lepas bida lelongan tu. Kalau taknak, buat cara taknak sebab masih ramai lagi yang mahukan lelongan sebahagian harta Abang Jat tu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas