Connect with us

Oh! Media

“Ini Adalah Perkataan Kufur” – Mufti Perlis Respon Video Viral Seorang Pengasas

Trending

“Ini Adalah Perkataan Kufur” – Mufti Perlis Respon Video Viral Seorang Pengasas

Pengasas kek terkenal Mamasab, Sabrina Norin, menerusi hantaran di Facebook miliknya memohon maaf di atas ketelanjurannya berkata-kata.

ADVERTISEMENT

Mamasab didakwa mengeluarkan kenyataan menyamakan sifat Tuhan dengan makhluk halus yang tidak boleh dilihat tetapi hanya dirasai kewujudannya.

BACA: MAMASAB Mohon Maaf Dan Bertaubat

Terbaru, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA), memberi respon berkenaan video viral tersebut. Tegas beliau, perkataan yang disebutkan itu adalah perkataan yang kufur. Makhluk adalah ‘yang diciptakan’.

Jelas beliau lagi, jika ungkapan ini disebutkan oleh seseorang yang memahami maksud dalam keadaan sedar, maka seseorang itu telah terkeluar daripada Islam.

Adalah wajib bagi seseorang itu untuk bertaubat dan bersyahadah semula.

mufti perlis

Dalam hantaran itu, Mufti Perlis ini turut memberi pesanan kepada sesiapa yang mengenali pengusaha produk itu supaya mengingatkannya untuk bertaubat.

Kredit: Facebook Dr MAZA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas