Connect with us

Oh! Media

Pelajar Tingkatan 2 Ditangkap Ceroboh Bilik Asrama Perempuan, Mangsa Dakwa Seluar Ditarik

Trending

Pelajar Tingkatan 2 Ditangkap Ceroboh Bilik Asrama Perempuan, Mangsa Dakwa Seluar Ditarik

Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah berasrama penuh di Kedah membuat laporan polis mendakwa seseorang telah menarik seluarnya ketika dia sedang tidur.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, pelajar tingkatan satu itu dalam laporannya mendakwa, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi. Ketika itu dia sedang tidur di lantai bilik asrama sebelum terasa ada seseorang menarik seluarnya.

Sekadar gambar hiasan

Dia yang terkejut terus terjaga daripada tidur dan ternampak seorang lelaki tidak dikenali bersembunyi di bawah katil di sebelahnya.

Mangsa yang masih dalam keadaan terkejut turut melihat seorang lagi lelaki berada bawah katil sama dengan lelaki yang menarik seluarnya sebelum itu.

Menurut sumber, dua pelajar lelaki itu terus lari keluar daripada bilik asrama kerana bimbang mangsa menjerit atau buat kecoh.

Namun, tindakan mereka melepaskan diri itu gagal apabila ditahan warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan asrama terbabit.

Bagaimanapun, tiga pelajar lelaki tingkatan dua yang ditangkap warden mendakwa mereka hanya mahu mengambil barang.

Alasan yang tidak masuk akal itu membuatkan mangsa nekad membuat laporan polis.

Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan yang dibuat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas