Connect with us

Oh! Media

Pelajar Sekolah Ditahan Akibat Merempit Bersama Rakan

Trending

Pelajar Sekolah Ditahan Akibat Merempit Bersama Rakan

Polis telah menahan tiga orang pelajar sekolah selepas didapati melakukan aksi berbahaya dan berlumba haram di Jalan Lahar Kepar, Kepala Batas, malam tadi.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata polis mengesan tiga orang lelaki yang masing-masing berumur 14, 16 dan 18 tahun menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya di jalan kampung berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Hasil siasatan ketiga-tiga mereka ini masih bersekolah dan salah satu daripadanya merupakan pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tangkapan dilakukan atas kesalahan menyalahi undang-undang serta membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan diri sendiri.

Sehubungan itu, kesemua pelajar sekolah itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyan 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit : Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh!Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas